1

Thursday, September 4, 2014

#flyinghigh #bersamaMAS ke Bumi Kenyalang..

ASSALAMUALAIKUM..

kali ni nak save gambar2 di Kuching di wall Hidup Biar Sedap..
-tigahariduamalam-
motif : hantar si bongsu ke UNIMAS/
member on board: MakBiah,Teman,Opek,Siti,Ema and Patin si Bongsu..
satu geng si patin aka geng sekampung tersusun ni semuanya di offer 
universiti need to fly high.
hahaha..rezeki korang..
PATIN-SARAWAK;HUDA-US;MIZA-JORDAN;SOLEHAHakaKEZEN-ACHEH;NURI-SABAH..
diorang ni sebelum fly,selalu hang out..and now beribu batututu..
congrats untuk korang semua..dan belajar lah rajin2..

namapak tak teman nyenyak di situ..hahaha...
gerak dari Amanjaya/Terminal bus-naik Stat Shuttle dalam pukul 1am..
memang plan ambik awal pagi even our flight ticket pukul 10.45am..
sebab waktu ni la paling sesuai sapa2 terus boleh solat subuh,breakefast dan check in.
tak perlu kelam kabut sebab bukan pandai benor procedur2 di KLIA..
kalau dulu naik kat LCCT kecik je..tak silap satu floor je..
tapi patin dah ada pengalaman naik flight kat KLIA, so just suruh dia recall balik tempat2 yang harus dituju..tak susah pun..cuma yang susahnye bila nama Siti salah eja..
Teman yang pergi beli tiket,tapi tak double check nama dia should be Zahratan instead of Zahratun..1 huruf je salah..be carefull next time..

kami memilih MAS..walau bayangan2 MH17 dan MH370 sentiasa bermain2 di pala otak ni..apa yang penting Allah kan ada..segalanya ditangan Allah..
kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa...
semoga selamat segalanya..
kenapa kami memilih MAS?
bukan kerana harga tiketnya murah berbanding plane tambang merah 
tapi atas faktor2:-
1.baggage allowance:30kg..beg2 yang macam nak duk terus sana..
2.space-faktor saiz badan..hahaha..
3.ada makanan/minuman-pas makan terus tenganga tidur.tau2 dah nak landing.
4..ada skrin leh tengok cerita/dengar lagu untuk hilangkan kebengangan telinga..
and most important bagi teman (i la yg mempengaruhi otak2 yg lain)
sebagai support kepada MAS
supaya mereka bangkit dan terus bangkit...
kerana MAS membawa nama Malaysia-
membawa jiwa2 rakyat Malaysia untuk terus terbang tinggi..
lagipun, hari kami naik flight adalah hari kemerdekaan,maka
di sini lahirnya,sebuah cinta..
FYI,full tau flight pergi dan balik..
walaupun ada anasir2 luar memburukkan MAS..


memang crowded gila masa register new student..
itu tak semua ibu bapa yang datang,mungkin atas factor kejauhan..tapi havoc gila...
 2 hari pendaftaran,boleh pilih mana hari yang kita available..
masa hari kami balik,tu pun ada tiga bus tunggu utk new student..mostly yang datang keseorangan..

 sementara tunggu patin register,kami dengar taklimat di Arena Gemilang..
cantik dewannya..
pas habis register,jom jalan2 pusing bandar Kuching..
 solat jamak Zohor di Masjid Negeri Sarawak..
 Sarawak Waterfront..
 In front of Dewan Undangan Negeri Sarawak
singgah di Hari Kraftangan 2014..
 kat sini nak beli souvenir..tapi kene cepat..dalam pukul 6.30pm  dah banyak kedai tutup..
apa yang femes di Kuching,macam biasa lah terubuk ikan masin dan kek lapis..
kami beli kat Pasar Satok je..malas nak cari tempat lain..
80% guna waze,20% tanya kat org2..
so tak banyak la tempat di lawati..
nak pergi Pantai Santubong,tapi kebanyakan bateri hanset dah flat,nanti sesat acener..next time la ye..
yang tudung biru tu, kawan sekolah patin di Al Falah..
dapat U yang sama,kolej kediaman sama,cuma blok lain2..
naik flight sekali and join kitorang as 1 family..
sebab family dia tak dapat ikut..
if terkasar bahasa harap dimaafkan..kami memang gila2..
penyapu,mop semua dibekalkan..kitorang dari ipoh 6 beg besar,
rupanya 4beg tu untuk patin saja..
punyalah banyak barang dibawanya..khazanah apekah itu??..

 masa untuk ditinggalkankan di Unimas..
Universiti yang sangat luas..ni kolej Kediaman Bunga Raya,tu pun banyak gila bloknya..
kesemuanya ada 9 kolej kediaman..
padang golf pun hada..hebak2..
belajarlah pandai2 adikku...
insyallah konvo kita ketemuk..hahaha..

bubye Sarawak..
back to normal..

No comments: